KONSEP INOVASI
- Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil proses penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan.
- Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkat-peringkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan.
- Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti :
- Pengenalan teknologi baharu.
- Perubahan dalam sistem penyampaian.
- Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.
Inovasi dalam pendidikan
1.0 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF
IT digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini.
“Untuk melonjakkan transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan kepada guru terlebih dahulu”
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
dalam majalah Pelita Bahasa,Mei 2012.
DEFINISI INOVATIF
Kemampuan membina transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik.
Apakah maksud 'guru inovatif'?
Guru
yang mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan
masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Untuk maklumat tambahan, sila klik di sini.
Power point strategi pengajaran inovatif from miahanni
1.1 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Masalah yang realistik yang dapat menarik perhatian murid.
- Masalah yang mencabar (berdasarkan pengetahuan sedia ada, sikap dan kompetensi pelajar).
- Maklumat baharu dicari untuk menyelesaikan masalah.
- Guru membantu dan membimbing.
- Melibatkan proses mengenal pasti isu pembelajaran dan menyelesaikan masalah.
- Pelajar belajar secara koperatif dan kolaboratif.
- Menyelesaikan masalah melalui sintesis pelbagai maklumat.
- Refleksi pengalaman pembelajaran.
LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
1.2 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
BENTUK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
LANGKAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Bagaimana Memilih Projek?
PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
1.3 PEMBELAJARAN ELEKTRONIK
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN ELEKTRONIK
JENIS-JENIS KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK
BENTUK PENYAMPAIAN PENGAJARAN ELEKTRONIK
Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
- Pembelajaran mengikut kadar kendiri pelajar.
- Pembelajaran berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar.
- Pelajar menentukan cara, masa, tumpuan dan kemahiran yang ingin dikuasai.
- Direka bentuk mengikut keperluan pelajar dan memenuhi pelbagai gaya pembelajaran.
- Boleh dicapai oleh lebih ramai jumlah pelajar.
- Memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan internet.
1.4 PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN SESAWANG
PENGENALAN
- Satu bentuk pembelajaran elektronik yang sedang berkembang pesat ialah ‘pembelajaran berasaskan laman sesawang’.
- Perkembangan inovasi yang pesat pada hari ini menjadikan pembelajaran berasaskan laman sesawang satu inovasi yang utama dalam sistem pendidikan.
- Maklumat pembelajaran, penaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan disebarkan.
- Pelajar dapat menyemak markah dan mendapat maklum balas secara langsung khususnya dalam bentuk kuiz.
- Guru dan pelajar mudah berkomunikasi dalam kumpulan peserta berdaftar.
- Maklumat dan maklum balas dapat dikongsi sama apabila pelajar memberi respons kepada persoalan atau isu yang dikemukakan.
2.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
Kesan
globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam
suasana alaf baharu yang berorientasikan teknologi maklumat dan
komunikasi, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.
Mok
Soon Sang dalam bukunya ‘Pendidikan di Malaysia’ (1996), menyatakan
penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta
perkembangan baharu dalam bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan dan kemahiran serta
latihan guru.
(Dewan Masyarakat, Mei ; 2012)
“Teknologi
dapat membangunkan kemahiran belajar yang penting seperti pemikiran
kritikal, menganalisa maklumat dan menyelesaikan masalah”.
(Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri
dalam Majlis Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-14 di
Pusat Konvensyen,Sunway Pyramid).
BENTUK-BENTUK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Prinsip-prinsip Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan
- Dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran.
- Digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan.
- Dipilih berdasarkan kesesuaian topik dan objektif pengajaran.
- Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu :
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
Antara kelemahan yang sering dihadapi dalam penggunaan ICT adalah apabila terjadinya sistem down. Mungkin ini boleh terjadi sekiranya tidak sabar.....
SEBAB DAN KESAN YANG MENJADI HALANGAN KEPADA PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
Kepentingan Teknologi dalam Pengajaran
- Membekalkan lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid.
- Peningkatan motivasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.
- Menunjukkan minat dan komitmen murid terhadap pembelajaran.
- Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah pengajaran guru.
- Membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap.
3.0 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Sumber: di sini
No comments:
Post a Comment