Sunday, 8 March 2015

6. PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRdlp0G0yG9cKxDJal8_Md8z-HD5OVrfP8K6grXOyfv4MQ52g_A
 
 
Definisi
  • Inovasi (asal bahasa Latin) – pembaharuan 
  • Inovasi sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. 
  • Kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, peluang untuk meningkatkan dan memperkayakan taraf hidup masyarakat.
  • Harvard’s Theodore Levitt – innovation is doing new things. Penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
  • Penghasilan produk atau kaedah yg baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
Inovasi Dalam Pendidikan
  • Aktiviti yg melibatkan pembaharuan, perubahan yg positif dalam pelaksanaan kurikulum, aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. 
  • Hasil cetusan idea yang kreatif dalam aspek kerja untuk meningkatkan kualiti P&P dan produktiviti organisasi sekolah. 
  • Pelaksaan kurikulum – usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah P&P serta penilaian pembelajaran. 
  • Pembaharuan – melalui cara, kaedah. Teknik P&P; pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran. 
  • Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya. 
  • Meningkatkan kecekapan P&P; keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi  faedah kepada murid.

 
  • Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga murid – dapat kenal pasti keperluan P&P; masalah murid.
Tujuan Inovasi 
  • Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. 
  • Melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society), dan negara kreatif (creative country). 
  Keperluan Inovasi Guru
  1.  Pengajaran lebih menarik 
  2.   . Melahirkan kejayaan dalam aspek kurikulum 
  3.     Mengembangkan potensi pelajar
  4.     Mengukuhkan penyampaian nilai 

http://www.business-strategy-innovation.com/uploaded_images/Education-Innovation-709579.jpg
 
CIRI-CIRI GURU BERINOVASI
Berkualiti menempuh era globalisasi yang diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi

Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.
Sentiasa memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik     darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.
Mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.

Image result for EDUCATION innovation
        




No comments:

Post a Comment