Wednesday, 4 March 2015

BAGAIMANA BLOG INI TERCIPTA

Assalamualaikum WBT 

Bagi entri pertama bagi blog ini, saya kongsikan pengalaman menghasilkan blog ini menerusi platform blogspot.com. Saya memilih platform ini kerana ia percuma dan mudah dikendalikan, sesuai untuk saya yang baru berjinak dalam dunia blogging.

Syarat pertama mencipta blog menggunakan platform blogspot ialah saya haruslah mempunyai akaun emel dengan Google. Jadi, saya mulakan langkah dengan mendaftar percuma sebuah akaun Gmail (emel). 

Mendaftar akaun Gmail

1. Buka web gmail.com

2. Lengkapkan maklumat akaun 

 

3. Walla! Akaun saya sedia digunakan

4. Ok. Sekarang sudah ada akaun Gmail, teruskan dengan langkah seterusnya untuk menghasilkan blog sendiri menggunakan platform blogspot.

Langkah menghasilkan blog

1. Pertama sekali saya login ke akaun Blogger.com 



2. Apabila login berjaya, paparan seperti berikut :



3. Seterusnya, klik pada "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi. 

4. Paparan seperti ditunjukkan di bawah pula muncul. Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat http/Address) blog. 



5. Klik Create blog! untuk langkah seterusnya.

6. Akhirnya, kini saya sudah mempunyai blog sendiri. Langkah seterusnya saya perlu menulis isi kandungan blog. 

7. Hanya klik Start posting untuk mulakan entri dalam blog.


No comments:

Post a Comment